Warga Emas Meninggaal Dunia Ketika Sedang Berwirid, Subhanallah

Warga Emas Meningg4l Dunia Ketika Sedang Berwirid

Seorang warga emas meningg4l dunia ketika sedang berwirid sebaik selesai menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Al-Amin, Kampung Sungai Lerek, Chalok, di sini malam tadi.

Ketua Poliis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, Khalid Ahmad, 83, disahkan meningg4l dunia kerana s3rangan jantung.

Katanya, warga emas itu bersama menantunya Mohamad Firdaus Ibrahim, 29, ke masjid berkenaan pada 7.15 malam. “Menantu m4ngsa memaklumkan bapa mentuanya tiba-tiba j4tuh dan tidak sedarkan diri ketika imam mahu membaca doa selepas selesai solat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Afandi berkata, Mohamad Firdaus menghubungi petugas kesihatan dan pemeriksaan lanjut mengesahkan warga emas itu meningg4l dunia.

“Berdasarkan pemeriksaan ke atas tubuh badan m4ngsa tiada kesan luk4 atau c3dera. Arwah juga sering menjalani rawatan sakit 4sma di Hospital Setiu dan kali terakhir mendapatkan rawatan pada 16 Jun 2020,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai m4ti meng3jut dan j3nazah 4rwah dituntut keluarga untuk peng3bumian di Kampung Banggol.

Dalam pada itu, seorang ahli keluarga Khalid, Raihan Husin, 31, berkata, arwah singgah di masjid itu untuk solat Maghrib berjemaah dan sepatutnya ke rumah menantunya di Chalok Barat untuk menghadiri majlis tahlil arwah isterinya, Meriam Latif.

“Arwah keluar dari rumahnya di Kampung Banggol selepas Asar dan sempat singgah di rumah menantu seorang lagi sebelum ke masjid bersama. Sudah menjadi rutin arwah untuk solat di mana-mana masjid yang sempat dia singgah,” katanya.

Dia juga memberitahu sempat bertemu arwah beberapa hari lalu kerana rumah mereka berdekatan dan arwah seorang pemurah dan kerap berkongsi makanan, hasil tanaman dengan keluarga dan penduduk kampung.

“Pada Sabtu lalu isteri arwah meningg4l dunia. Semalam arwah pula dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perku buran Islam Kampung Banggol kira-kira 11 pagi tadi,”

Sumber: sinarpost