Warga emas meniinggaal dunia atas pokok sena

KOTA BHARU – Seorang warga emas pengsan di atas pokok sena setinggi enam meter sebelum dia meniinggaal dunia di Tanjong Mas di sini, hari ini.

Mangsa, Zakaria Adam, 62, disahkan meniinggaal dunia ketika sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, Pengkalan Chepa sedang melakukan operasi menyelamat lelaki itu.

Difahamkan, mangsa dipercayai meniinggaal dunia akibat serangan jantung ketika memanjat pokok sena berhampiran rumahnya untuk memotong dahan pokok itu.

Ketua Balai Polis dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Fakri Mazlan berkata, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejaadian itu kira- kira pukul 9.48 pagi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, seorang warga emas didapati sudah pengsan di atas pokok itu. Bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menurun mangsa dengan ketinggian pokok enam meter.

“Bagaimanapun, apabila mangsa telah dibawa turun, pegawai perubatan yang hadir mengesahkan warga emas itu sudah meniinggaal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K! ONLINE