Wanita Suka Melayan Lelaki Tidak Sesuai Jadikan Isteri

Wanita Suka Melayan Ramai Lelaki Tidak Sesuai Dijadikan Isteri | Alhamdulilah hari ahad nie duduk berehat adalah saat paling seronok. Ahh jangan melenting bila bace tajuk di atas nie.

Ini adalah pendapat yang di utarakan oleh Ustaz Azhar Idrus yang begitu di kenali dan di hormati. Ramai yang salah faham dengan maksud ayat ini.Ada yang setuju dan ada juga meraguinya.

Dan terdapat lelaki dan wanita yang tidak faham dengan kenyataan ini..melayan ramai lelaki tu bukan bermaksud kawan dengan ramai lelaki..dan tidak sesuai itu bukan bermaksud tak patut nikah atau pun tak sah nikah..

Kalau kamu baca betul betul ayat nie mesti kamu faham. Acik ada bertanyakan seorang Ustaz tentang hal ini, beliau pon berkata yang sama dengan apa yang di perkatakan oleh UAI.

Maksudnya mudah saje iaitu jenis perempuan macam gini adalah perempuan yang pantang nampak lelaki pastinya akan cuba di goda(ramah terlampau) dan sebagainya. Dan perempuan jenis “senang” untuk memberikan layanan yang tak sepatutnye kepada lelaki .

Ahhh singkat saje entry ini , agar sama sama kita mendapat pandangan dari mereka yang lebih pakar.

Sumber Asal

Baca lagi artikel menarik dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat