Wanita Nyaris Terbuaang Cincin Berlian Bernilai RM11.2 Juta yang Disangkanya CIncin Paalsu

Dalam satu jualan car-boot beberapa tahun lalu, seorang wanita telah membeli sebentuk cincin harga murah dan tidak pernah mengetahui nilai sebenarnya kerana menganggap ia adalah sebutir berlian perhiasan tiruan.

Namun ketika sedang mengemas dan membersihkan rumah, wanita ini nyaris membuang cincin tersebut bersama-sama dengan beberapa barang perhiasan lain.

Nasib baik ketika itu, seorang daripada jirannya mencadangkan agar dia membawa cincin tersebut untuk dinilai dan alangkah terkeejutnya wanita berusia 70-an ini apabila mengetahui cincin itu sebenarnya sebutir berlian 32 karat bernilai £2 juta atau lebih kurang RM11.2 juta.

Menurut Mark Lane yang merupakan seorang wakil dari firma lelongan Featonby’s di Utara Tyneside, wanita berkenaan datang kepadanya bersama satu beg berisi barang kemas dan berlalu pergi kerana mempunyai janji temu lain.

“Saya nampak batu yang agak besar, lebih besar daripada syiling. Saya fikir ia adalah berlian sintetik (cubic zirconia). Saya biarkan 2-3 hari sebelum menggunakan mesin penguji berlian padanya”.

“Kami kemudian menghantarnya kepada rakan kongsi kami di London sebelum ia disahkan oleh pakar di Antwerp, Belgium bahawa ia adalah 34 karat”.

Wanita yang merupakan pemilik cincin berkenaan sememangnya kerap membeli barangan di jualan car-boot dan mengakui dirinya langsung tidak terfikir bahawa berlian pada cincin itu adalah berlian asli”.

Berlian berkenaan kini disimpan di Hatton Garden di London dan akan dilelong pada hujung bulan November ini.