[VIDEO] Wanita Gagaal Tahan Sebaak, Tauke Bengkel Belanja Servis Kereta Percuma

Tidak dinafikan bahawa setiap kali kita nak hantar kereta untuk servis, mesti akan berasa risau sebab tak tahu berapa kos akan dikenakan. Bagi mereka yang kurang berkemampuan, pasti situasi tersebut membelenggu diri lebih-lebih lagi jika ia merupakan keutamaan untuk bergerak ke mana sahaja. Piilu dan sediih, demikianlah gambaran dapat dilihat menerusi sebuah paparan yang telah tular di laman sosial baru-baru ini.

Sebaak lepas pemilik bengkel bagi servis percuma…walaupun RM10, tapi bernilai bagi kakak ni
Menerusi klip video berdurasi selama 50 saat itu, gelagat seorang wanita sempat dirakam oleh CCTV tatkala di bengkel untuk membaiki keretanya. Ujar pengguna Twitter berkenaan, individu tersebut gaagal menahan sebaak selepas mengetahui pemilik bengkel sudi memberikan servis secara percuma kepadanya meskipun kosnya cuma RM10. Sejurus mendengar perkara itu, dia dilihat beberapa kali mengesaat air matanya dengan tudung sebelum berlalu pergi.

Mesti dia risau banyak nak kena betulkan, duit simpanan pun tak banyak mana
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebaak apabila melihat reaksi wanita tersebut kerana mungkin memikirkan wang yang bakal dikeluarkan untuk membayar kos berkenaan. Selain memuji sikap pemurah pemilik bengkel itu, mereka juga turut mendoakannya agar sentiasa dilimpahkan rezeki. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih lebih 70 ribu jumlah tontonan setakat ini.