[VIDEO] Usah Ditiipu Penjual Lagi, Rupanya Ini Tips Pilih Tembikai Confirm Masak

Setiap kali waktu panas, mesti ramai yang akan craving untuk minum jus tembikai. Penjual pula kononnya akan jamin buah yang dijual oleh mereka sudah masak ranum dan sedia dimakan. Tapi bila dah sampai rumah, ramai pelanggan hampa sesudah memotongnya nanti. Kini, anda tak perlu risau lagi serta boleh cuba ikut tips pilih tembikai masak dan manis ini.

Tengok warna dan cuba tarik tangkai sahaja dah boleh tahu buah tu masak ke tak…
Menerusi TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Kak Siti berkongsi salah satu tips untuk memilih tembikai yang confirm masak. Jika tangkai buah tersebut berwarna hijau dan mudah dicabut, maknanya ia sedia untuk dimakan. Tetapi andai tangkai tersebut berwarna hitam dan sukar dicabut, buah itu belum cukup masak.

@kaksitibuahhijau

Tips memilih tembikai 🍉 #TiktokMalaysia #KedaiBuah #BuahSegar #Seremban #SerembanGateway #NegeriSembilan #Tembikai #TimunCina #Watermelon

♬ original sound – Jamie PY – Jamie PY

Banyak lagi cara selain tangkai… boleh tengok garisan, saiz bulatan tapak dan bentuk tembikai
Selain itu, tangkai berkenaan juga akan berada dalam keadaan bentuk curly jika ia sudah sedia untuk dinikmati dan rasanya manis. Di samping itu, garisan pada tembikai juga boleh menentukan sama ada ia manis atau sebaliknya. Jika buah ini berbentuk bulat serta saiz bulatan tapak di bahagian bawah pula kecil, maksudnya ia boleh dimakan dan manis. Kalau buah tersebut berbentuk bujur pula, isinya akan lebih berair.

Sumber: TikTok kaksitibuahhijau, FB Aishah Wahab