[VIDEO] Try Hard ‘Koko Genduut’ Lalu Celah Grill, Toleh Belakang Salahkan Pagar

Kuciing adalah antara yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai haiwaan peliiharaan. Mana taknya, sikapnya yang manja dan juga comel mampu membuatkan ramai terjatuuh hati kepada ‘si bulus’ itu. Tapi kadangkala, ada saja perangai nakaal yang ingin ditunjukkan. Tidak terkecuali seekoor kuciing ini yang tular apabila gelagatnya sempat dirakam oleh tuannya.

Yakin habis ‘si comel’ konon dapat masuk ikut celah grill, habis cara buat
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @m.danisy, ‘si comel’ yang kelihatan sedikit geendut itu dengan yakin berusaha masuk ke dalam rumah melalui celah-celah pintu grill. Walaupun besi-besi itu mempunyai bukaan kecil, ia tetap tidak mengalah dengan cuba memuatkan diri supaya dapat lepas.

Sikit lagi nak lolos, eh perut boyot pulak sangkut susah nak lepas
Ternyata usaha haiwaan tersebut tidak sia-sia apabila hampir dapat meloloskan diri daripada celahan berkenaan. Namun dek kerana memiliki perut yang sedikit besar, terkapai-kapai kaki ‘si koko’ untuk melepaskan tubuh sepenuhnya sehingga habis.

@m.danisy

Bukan salah kucing tu tau. Yang salah pagar tu 🤣 #fyp #foryou #fy #kucing #funny #malaysia

♬ Dj baby – Family friendly

Tercungap-cungap kawan tu, mesti dia tak puas hati dengan pagar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kucing tersebut. Ramai yang kasihaan melihat haiwaan itu struggle sehabis mungkin untuk loloskan diri sehingga tercungap-cungap. Selain itu, ada yang berseloroh perakam video perlu dipersalahkan kerana tidak sama membantu.