[VIDEO] Tak Perasan Ulaar Depan Mata, Pekerja Offshore Kaluut Elak Ke Belakang

Walaupun bekerja di atas off-shore mampu memperolehi gaji yang agak lumayan tetapi risikonya agak tinggi. Tambahan pula, pekerja perlu bersedia dari pelbagai keceelakaan yang tak dijangka memandangkan persekitaran pelantar minyak amat berisiko kerana terdedah dengan lautan yang luas. Boleh bayangkan tak kalau anda tergelincir dan jatuh ke dalam laut ketika sedang bekerja?

Pekerja di off-shore β€˜disapa’ ulaar laut…terkejut sangat sampai kaki tak stabil nyariis tergelincir
Menerusi TikTok, milik Shahrul2203 telah berkongsi satu video yang menunjukkan sekumpulan pekerja di off-shore sedang menaiki tangga. Salah seorang dari mereka telah terperanjaat sebaik sahaja berpaling ke kiri dan mendapati terdapat dua ekor ulaar laut yang sedang menyusur di atas platform. Lantas dari itu, dia hampir tergelincir dan sempat berpegang pada palang platform serta bergerak jauh ke belakang.

@shahrul2203

🀣🀣🀣🀣 #fypγ‚· #fyp

♬ original sound – 𝗗𝗷 𝓝𝓲𝓬𝓸 𝓐𝓭𝓱𝓲𝓽𝔂π“ͺ – 𝗗𝗷 𝓝𝓲𝓬𝓸 𝓐𝓭𝓱𝓲𝓽𝔂π“ͺ

Sorry bro kesian tapi tak mampu tahan gelak…kalau kayuh basikal mesti dah sampai rumah
Sehingga kini video berdurasi 9 saat ini sudah meraih 2.9 juta tontonan dalam tempoh sehari. Menjengah ke ruang komen, ramai netizen yang terhibur dengan gelagat pemuda tersebut dan mereka simpati dengan keadaannya yang mungkin fobia dengan ulaar. Ada juga yang meluahkan rasa meremang apabila melihat kakinya berada di luar kawalan serta mereka khuatir sekiranya dia akan terjatuh.