(video) Saayu.. Patutlah Asyik Lihat Dalam Kereta, Rupanya Ada Baby dan Anak

Setiap kali melayari media sos!al, warganet dapat melihat periit jerih rakyat yang bergel0t dengan ekon0mi semasa dalam apa jua keadaan demi meneruskan kehidupan..

Terbaru, satu video TikTok kelihatan seorang peniaga burger sedang melakukan jualan di gerai sambil menjaga seorang kanak² lelaki dan bayi dipercayai anaknya mengundang rasa sayu netizen.

Video dikongsi personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya yang dirakam seorang pelanggan memaparkan peniaga itu menyiapkan tempahan sambil memerhati dua anaknya di dalam kereta berhampiran gerai berkenaan.

Berjuang… Semua berjuang demi hidup

Menurut pelanggan terbabit Hazly Razaly, dia tiada niat untuk mengaibkan sebaliknya bersimpati dengan nasib peniaga itu yang berusaha keraas bagi menanggung ahli keluarga.

“Semalam aku beli burger kat brader ni. Sambil buat burger, dia terjenguk-jenguk tengok kereta yang ada depan gerai ni. “Aku pergi dekat kereta, aduuh ada baby rupanya. Ada si abang yang mungkin tengah nak tidurkan adiknya,” kata Hazly.

Selepas meraih ratusan ribu tontonan, Hazly berkongsi mengenai l0kasi gerai itu yang terletak di Setia Taipan, Setia Alam selain menyeru orang ramai untuk memberi sokongan kepada peniaga tersebut.

Semoga membantu abang ini!

Rata-rata warganet meluahkan rasa kasihan dan mendoakan agar peniaga berkenaan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Instagram Ahmad Fedtri Yahya , TikTok Hazly Razaly via omm