[VIDEO] Pertama Kali Datang Mall, Pemuda Kampung Happy Member Ajak Lepaak Sekali

Mendapatkan teman sejati pada masa kini umpama “mencari butiran berlian di tengah-tengah lautan”. Bukan sahaja talaam duaa muuka, malahan ramai yang sekadar berkawan demi memenuhi kepentingan sendiri. Lebih teruk lagi, sesetengahnya akan mula menjauhkan diri jika seseorang itu datang dari latar belakang keluarga daiif kononnya tidak setaraf untuk menjadi kawan. Namun bagi seorang pemuda ini, keikhlasan yang ditunjukkan nyata menyentuh hati ramai.

Ajak kawan kampung melepak pertama kali jejak kaki di pusat beli belah
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @luckmanzayd, dia membuat keputusan mengajak seorang rakannya yang merupakan budak kampung untuk sama-sama meluangkan masa ke sebuah shopping mall. Tidak memakai baju yang trendy apalagi hendak sakan berswafoto, pemuda yang berwajah polos berkenaan hanya mengenakan pakaian biasa bersama selipar nipis. Mungkin bagi sesetengah orang, lokasi membeli belah tersebut hanya tempat biasa sahaja. Namun jelas terpancar reaksi gembira olehnya meskipun sekadar duduk melepak di sana.

@luckmanzayd

#jangandiskip #fyp #foryou #masukfypdong #foryoupage #fypシ

♬ surat cinta untuk starla – jessie’🧸

Inikah yang dimaksudkan dengan kawan sejati? Siapa pun kau, teruslah kawan dengan dia
Sejak dimuat naik, video pendek berkenaan sudah meraih lebih 1 juta tontonan daripada netizen. Bukan sahaja merasa sebak melihat detik-detik membahagiakan budak kampung berkenaan, malahan ramai mengucapkan terima kasih kerana rakannya itu sudi mengajaknya sekali gus mendapat gelaran ‘sahabat sejati’.