[VIDEO] Penjaga Parking Redah Hujan, Gigih Sarung Semua Helmet Guna Plastik

Ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan merupakan sesuatu amalan mulia. Bergelar sebagai seorang penjaga parking bukan sesuatu yang mudah. Pekerjaan seperti ini juga agak kurang mendapat perhatian orang awam. Namun, siapa sangka dengan video yang telah dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok @afrcherry tentang seorang pekerja telah berjaya mendapat perhatian ramai.

Rela kena hujan supaya helmet tak basah…
Meraih lebih 900 ribu tontonan di laman Tiktok, lelaki yang bertugas sebagai penjaga tempat letak kereta ini telah berusaha keras untuk melindungi harta orang awam sebaik-baiknya. Dapat dilihat, pemuda di dalam rakaman tersebut sedang menyarungkan plastik bagi menutup semua topi keledar di atas motosikal di sana. Hal ini demikian bagi mengelakkan barangan tersebut basah dek terkena air. Meskipun terpaksaa berulang-alik sebanyak beberapa kali, dia sanggup meredah hujan demi niat murni tersebut.

@afrcherry

#respect

♬ original sound – C e i – C e i

Netizen memuji abang penjaga parking
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata memuji sikap lelaki ini kerana berhati mulia. Pada masa yang sama, mereka juga mendoakan semoga pemuda ini sentiasa dimurahkan rezeki. Para netizen turut berpendapat bahawa sikapnya yang ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan ini wajar di contohi oleh masyarakat.

Sumber : Tiktok afrcherry