(Video) Khabib Nurmagomedov Didatangi Sekumpulan Anak-Anak Yang Meminta Wang, Apa Yang Dilakukan Beliau Amat Tidak Dijangkakan

Siapa yang tidak mengenali nama pet4rung UFC ini. Nama beliau gah di mata dunia hasil daripada kejuarannya di dalam gelanggang UFC.

Beliau juga seorang yang sangat taat kepada ajaran agama Islam. Beliau juga seorang yang berani berkata-kata mengenai penind4san yang berlaku terhadap umat Islam di dunia.

Kali ini tular mengenai satu video mengenai Khabib Nurmagomedov. Tapi kali ini bukan di dalam gelanggang UFC, tetapi di tepi jalan.

Video ini mengenai datangnya sekumpulan kanak-kanak kepada beliau demi untuk meminta wang. Kemudian Khabib menyuruh salah seorang daripada kumpulan kanak-kanak itu mengaji terlebih dahulu sebelum diberikan wang.

Kemudian, salah seorang daripada kanak-kanak itu terus melantunkan ayat2 suci al quran. Ternyata, lantunan ayat suci al quran daripada anak itu tersangat merdu dan memuk4u hati untuk didengari.

Jom tonton video bawah:

Sumber Video: Youtube