(video) “Kalau Amek Lesen Moto,Lepas Ni” Gelagat Kucung Meniti Atas Kayu Waktu Banjir Tarik Perhatian

Umum sedia tahu akan keadaan cuaca yang agak tidak menentu kini. Disebabkan itu juga ada sesetengah kawasan yang mula dinaiki air banjir hingga menenggelamkan kediaman.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan beberapa ekor haiwaan peliharaan, kucing dalam situasi banjir telah mencuuri perhatian ramai. Manakan tidak, dalam rakaman itu kelihatan beberapa ekor kucing sedang berada di dalam sampan.

Salah seekor darinya sedang meniti atas kayu untuk menyeberang kawasan perkarangan rumah yang sudah banjir. Melihatkan gaya si comel ini memang ia pandai dan membuatkan ramai teruja menyaksikan keletahnya.

Berikut adalah perkongsian rakaman kucing meniti atas kayu masa banjir yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun 00fazliana:

lihat video

@00fazliana

Reply to @not_.hing dari tom mimi berani😂😂

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Alahai comel dan pandai betul haiwaan kesayangan ramai ini meniti perlahan-lahan memasuki rumah banjir ini! Apa-apa pun perkongsian rakaman kucing meniti atas kayu masa banjir ini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 105 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur dan memuji aksi comel kucing ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

sumber: himpunanceritalawak