(Video) Iwan Syahman Syukur Akhiirnya Ank Perempuan, Aprena & Oktavia Manrose Sudah Berhijab.

BAPA kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose iaitu Iwan Syahman meluahkan rasa syukur dengan perubahan dua orang anak perempuannya iaitu pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose yang kini sudah berhijab.

Ujar Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus, 60, dia tidak pernah memak.sa kedua-dua anaknya itu untuk berhijab sebaliknya terus menasihati mereka agar berubah ke arah kebaikan.

VIDEO:

“Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia bagitahu, papa saya dah tutup au.rat. Alhamdulillah bagus.

“Tapi untuk mengubah mereka bukan saya tapi Allah. Saya sebagai bapa hanya menasihatkan mereka untuk berubah,” katanya kepada mStar

Iwan bersyukur Aprena dan Oktovia kini mengenakan imej bertudung.

Iwan ditemui pada sidang media pelancara program Hijrahkan Laguku yang diadakan di sebuah restoran di Oakwood Hotel.

Dalam pada itu, Iwan memberitahu walaupun sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya.

Ujarnya, dia akan terus mendoakan dan memimpin mereka ke jalan Allah.

Saya sebagai bapa hanya menasihatkan mereka untuk berubah.

IWAN DANGDUT

PENYANYI

“Saya tidak akan pu.tuskan hubungan dengan mereka. Saya hanya berdoa kepada Allah. Macam Oktovia ada minta doakan dia istiqamah untuk terus berhijab,” ujarnya.

Bercerita lanjut tentang perjalanan hijrahnya, Iwan kini banyak mengubah lagu dangdut yang pernah dipopularknya kepada lirik Islamik.

Katanya, dia juga memberitahu tidak akan menyanyikan lagu-lagu hitnya dahulu walaupun atas permintaan peminat.

Iwan tak putuskan hubungan dengan anak-anak.

“Saya keluarkan lagu-lagu yang sudah tukar liriknya. Kalau ada yang minta saya nyanyikan lagu dulu-dulu… minta maaf saya tidak akan menyanyikannya lagi.

“Sebab dulu saya tak faham, saya rasa menyeesal, kesalahan saya dulu Allah bukakan. Saya hidup dalam lautan tidak bertepian, ini perjalanan hidup saya.” ujarnya.

Sumber: mStar. Utube