[VIDEO] “Itu Baru Cuubaan” – Tok Kadi Sempat Usik Sebelum Akad Nikah Bikin Dekah

Bagi pengantin lelaki, waktu akad nikah sememangnya moment yang paling mendebarkan. Macam-macam kesilapan boleh berlaku seperti tersalah sebut nama atau pun jumlah mas kahwin demi menghalalkan hubungan dengan wanita tercinta. Tak kurangnya juga apabila ada pula Tok Kadi yang suka mengusik bakal pengantin lelaki yang sedang nervous seperti dalam sebuah video ini.

Baca lafaz ijab kabul nikah dengan laju, rupa-rupanya tu percubaan sahaja…
Pengguna Tiktok bernama Aisya Zainal telah berkongsi sebuah moment lucu ketika hari pernikahan kakaknya. Dalam video tersebut, Tok Kadi berkenaan sedang memulakan lafaz ijab kabul nikah dengan laju. Apa yang melucukan, dia secara tiba-tiba memberikan peringatan bahawa hanyalah untuk warm up sahaja sekali gus menyambut tawa daripada para tetamu dan pengantin. Bagaikan tidak dapat menahan lawaknya sendiri, lelaki tersebut turut ketawa sambil menepuuk buku di hadapannya sebelum betul-betul memulakan akad nikah.

@aisyazainal_

Bakal pengantin lelaki kat luar tu dah ready ke nak kena camni? 😂 congrats my sister & abg ipar baru.. #nikahpkp #foryou #married #joke #prank #fyp

♬ Dj baby – Family friendly

Kalau Tok Kadi macam ni memang tak gemuruh sangat la nampaknya… Syukur semuanya dipermudahkan
Video berdurasi 34 saat itu meraih lebih 24 ribu tontonan setakat ini. Di ruangan komen, rata-rata netizen juga geli hati dengan reaksi spontan Tok Kadi tersebut. Di samping itu, mereka juga mengucaapkan tahniah kepada suami isteri berkenaan dan berdoa semoga dimurahkan rezeki.