[VIDEO] Ikhlas Derma Ke Rumah Kebajikan, Lelaki Bermotor Tarik Katil Atas Jalan

Demi mengejar pahala berganda, ramai memiliki sikap bermurah hati memberikan sumbangan kepada pihak-pihak yang kuurang bernasiib baik. Bukan sahaja dari segi wang ringgit semata-mata, malahan kudrat yang dicurahkan untuk memastikan bantuan itu sampai dengan selamat kadangkala sungguh luar biasa. Sukar dipercayai tapi benar-benar berlaku, demikianlah perkataan yang sesuai utuk menggambarkan usaha keraas dua orang lelaki ini.

Gigih tarik katil atas jalan raya guna motosikal
Menerusi akaun TikTok @nia, dapat disaksikan mereka berdua yang sedang menaiki motosikal gigih menarik sebuah katil secara berhati-hati menggunakan tali. Diikattkan pada badan pembonceng di bahagian belakang, lelaki berbaju putih berkenaan dilihat turut memegang besi katil sebagai usaha menyeimbangkan pergerakannya agar tidak menggangguu pengguna jalan raya lain. Meskipun rodanya berkali-kali terpusiing selain bergegar kerana melintasi permukaan jalan yang tidak rata, halangan itu tidak memataahkan langsung semangat murni 2 individu ini.

@ejam8788

katil hospital otw. #katilhospital #hospital

♬ Astronomia – Chiky Dee Jay

On the way hantar katil ke rumah kebajikan…Moga Allah melindungi
Difahamkan, mereka berdua rupanya sedang dalam perjalanan ke sebuah pusat kebajikan untuk mendermakan katil tersebut. Melihat situasi ini dengan iringan lagu latarnya ternyata membuatkan netizen tergelak kecil. Akan tetapi, ramai yang menjadi seebak selepas mengetahui niat baik berkenaan sekali gus memuji kesungguhan 2 lelaki itu.