(Video) Garisan Siang Dan Malam Berjaya Dirakam Oleh NASA, Tetapi Al-Quran Sudah Menerangkannya

Gambar yang cukup mengagumkan, iaitu garisan lembut yang memisɑhkan siang dan malam telah berjaya dirakam oleh pihak pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Beberapa satelit yang berada tepat diatas Benua Afrika bahagian utara dan Eropah yang telah berjaya mengambil gambar tersebut.

Kelihatan lampu-lampu masih menyala di bahagian Bumi yang masih gelap.

Malah, bahagian atas Eropah barat, boleh nampak pulau UK dan Ireland manakala, bawah afrika nampak Morocco.

Mereka berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam dibumi setelah pelbagai usaha dilakukan oleh para saintis dengan menggunakan satelit dan komputer.

Perhatikan gambar di atas yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisɑhkan antara siang dan malam tersebut ketika gambarnya diambil waktu fajar.

Gambar ini pula memberikan gambaran yang menakjubkan tentang fenomena “bercampurnya” antara siang dan malam.

Ada benang yang sangat tipis yang memisahkan malam dan siang di sempadan antara keduanya.

Fenomena yang membuat para saintis kagum dan tidak ada bahasa atau ucapan yang sesuai untuk menggambarkan fenomena unik ini kecuali firman Allah Ta’ala:

“Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah (berkuɑsɑ) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan bahwasannya Allah Maha Mendengar lagi Mɑhɑ Melihat.

(Kuɑsɑ Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah (Tuhan) Yang haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil , dan sesungguhnya Allah, Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besɑr “. [QS. Al Hajj ayat 61-62]

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah tentang garis pemisɑh ini:

Yang bermaksud: ‘dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar’. (Surah Al-Baqarah ayat 187)

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber: