[VIDEO] Excited Tolong Bedung, Ayah Selamba ‘Gulunng’ Anaknya Macam Kuih Popia

Menjaga anak yang masih bayi bukan satu kerja yang mudah. Oleh kerana tubuh kecilnya masih berada dalam keadaan ‘lembut’ dan belum sepenuhnya kuat, ibu dan ayah wajar berhati-hati ketika menguruskan mereka. Selain menidurkan, memandikan atau mungkin memberi makan, membedung merupakan antara rutin harian yang sangat mencabar. Kalau tak sesuai dengan cara, lama juga masa yang akan diambil untuk ‘membalut’ bayi kita, betul tak?

Baringkan anak atas katil, terus membedung macam tengah lipat kuih popia
Namun bagi seorang ayah ni, nampaknya dia mempunyai kaedah yang cukup kreatif dan efektif ketika sedang membedung bayi kecilnya. Terlebih dahulu membaringkan si comel itu ke atas sehelai kain di atas katil, dia segera menutup separuh badan anaknya sebelum meneruskan gulungan itu sehingga habis. Persiis sedang melipat kuih popia, lelaki berkenaan juga sempat membuat bunyi-bunyian yang comel sekali gus membuatkan anaknya berasa selesa dan tidak langsung menangiis.

@zahersk32

#baby #babylove #babygirl #cutebaby #mybaby #babychallenge #babycute #babytiktok #babytime #imbaby @amandacerny @anwar @zachking @wewearcute @youtwotv

♬ Originalton – Zaher Sk32

Reaksi bayi tu macam “mak tolong selamatkan saya daripada lelaki giila ni”
Meraih lebih 14 juta tontonan sejak dimuat naik, netizen bukan sahaja memuji kekemasan balutan itu malahan mengakui turut membuat kaedah sama kepada bayi mereka. Tidak ketinggalan, sesetengahnya sempat berselorooh tentang reaksi tenang anak kecil itu dengan membuat dialog-dialog penuh humour.