[VIDEO] Dulu Abang Angkat Je, Tak Sangka Pula Dah Tukar Status Jadi Suami

Bercakap soal jodoh, semua orang pasti mempunyai kisah tersendiri bagaimana mereka berjumpa dengan teman hidup masing-masing. Ini kerana, perjalanan dalam menemui jodoh boleh terjadi dalam cara tidak disangka-sangka. Begitulah juga dengan kisah percintaan seorang wanita ini.

Bila abang angkat bertukar jadi suami sendiri.. cepatnya masa berlalu
Menerusi sebuah video di aplikasi TikTok, wanita bernama Liyana telah berkongsi perjalanan cinta bersama suami yang sangat berbeza dengan couples lain. Siapa sangka bermula dengan hubungan antara seorang abang dan adik angkat, rupanya Allah telah merancang sesuatu yang cantik apabila mereka akhirnya diijab kabul dengan sekali lafaz.

Abang angkat pula yang sarungkan cincin.. Tolong jaga isteri tau bukan adik macam dulu lagi
Walau bagaimanapun, wanita berusia 23 tahun ini bersyukur atas usaha si suami yang nekad menghalalkan hubungan mereka. Akui Liyana lagi, dia sendiri tidak menyangka bahawa keakraban hubungan tersebut akhirnya ‘meleekat’ sehingga disatukan sebagai suami isteri yang halal. Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mengambil kesempatan berkongsi moment indah di hari pernikahan mereka pada 9 September 2017.

Tahniah & semoga kekal bahagia, rupanya ramai juga yang macam ni
Meraih hampir 30 ribu tontonan sejak dikongsikan kepada umum, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah selain mendoakan kebahagiaan hubungan suami isteri ini. Tidak kurang juga, ada antara mereka berkongsi pengalaman sama mengenai jodoh masing-masing.