(Video) Aksi Leembu Tunjuk ‘Skill’ Terjunan Dlm Laut Bikin Rmai Dekah. “Pengaruh Olympic nii..”

Siapa sahaja yang tidak mengenali sosok wanita yang bernama Pandelela Rinong Pamg iaitu atlet terjunan wanita yang banyak kali mewakili Malaysia dalam acara tersebut.

Beliau juga menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London.

Namun begitu, aksi terjunan yang berjaya menarik perhatian warganet pada kali ini bukanlah mana-mana atlet terkemuka malah ia hanyalah seekor lembu.

Bukan biasa-biasa, siap buat ‘flip’ lagi. Itu lah gelagat seekor lembu yang kelihatan melompat daripada sebuah bot dan terjun ke dalam air disamping melakukan aksi tersebut.

Video yang dikongsikan oleh djshamketam bersertakan kapsyen ‘skill penerjun terbaik ni’ berjaya meraih lebih 1 juta tontonan warganet di laman akaun TikToknya itu.

Di samping gelagat terjunan lembu itu, tidak dilupakan juga komen-komen warganet yang turut menggelikan hati.

“Kontinjen lembu yang mewakili Malaysia di Olympic Animal World…”

“Dengar cerita lembu tu dah kat Tokyo dah sekarang..”

“Lebih baik aku terjun daripada dis3mbelih..”

Sumber: SiakapKeli, @djshamketam