[VIDEO] Akibaat Selalu Balik Lambat, Gadis ‘Menggelupuur’ Kena Prank Dengan Mak

Sejak aplikasi TikTok menjadi viral, semakin ramai anak-anak muda yang suka membuat prank terhadap ibu bapa masing-masing. Akan tetapi, bagaimana agaknya apabila mereka pula disakaat oleh orang tua sendiri? Meskipun kedengaran agak lucu, demikianlah perkara yang berlaku kepada seorang gadis Indonesia di TikTok.

Lambat balik rumah, sekali terkejut beruuk dia tengok mak berpakaian macam pocoong kat sebelah
Dalam video berkenaan, gadis bertudung merah tersebut baru sahaja pulang ke rumah dan menyalakan lampu di biliknya. Apabila pandangan menghala ke arah kanan, alangkah terkejutnya bagi gadis ini melihat seseorang berpakaian serba putih menyerupai hanntu pocoong sedang berdiri di sebelah. Disebabkan terlalu terkejut, dia terpelanting ke belakang dan terjatuh sambil menepuk perlahan dada sebelum menyedari ‘lembaga’ itu adalah ibunya sendiri.

@ubay_kzl

Kasian anaknya diprank sama emaknya #magelangkotasejutabunga #magelang #fyp

♬ original sound – 🐨Call Me Bay🐨 – Mas Bay

Bagus idea mak dia buat ni… Biasanya anak yang suka buat prank, kali ni mak pulak
Si ibu pula terus ketawa mengekek melihat reaksi anaknya yang terkejut sehingga terjatuh itu. Selain terhibur dengan reaksi terkejut beruuk berkenaan, ramai netizen yang berpesan supaya tidak lagi pulang ke rumah pada lewat malam. Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka turut bersetuju dengan prank yang dilakukan oleh mak kepada gadis ini demi memberikan pengajaraan.