(Video) 9 Juta Tontonan, Pekerja Hairan Temui ‘Makhluk Peelik’ Seakan Belut Ketika Menggali Tanah

Seorang pengendali kapal korek telah menemukan seekor haiwan peelik seperti belut gergasi ketika menggali tanah. Menerusi rakaman dikongsikan The Sun, kelihatan haiwan itu bergerak-gerak ketika cuba diangkat oleh pengorek berkenaan.

Rakaman tersebut pada asalnya telah dikongsikan oleh @peterdangermat1 di TikTok dan telah mendapat lebih 9 juta tontonan setakat ini.

Rakaman tersebut telah mendapat lebih 581 ribu tanda suka di mana ramai yang mengaitkan hidupan itu dengan makhluk raksaasa di dalam filem Tremor yang tinggal di bawah tanah.

Di samping itu, ada juga yang mendakwa ia adalah spesies ikan yang boleh hidup lama di dalam tanah tanpa air.

Sumber: siakapkeli via The Sun, @peterdangermat1