[VIDEO] 3 Bulan Tak Balik Rumah, Sebaak Abang Dakap 5 Adik Nak Lepaskan Rindu

Tidak dinafikan, adik-beradik merupakan anugerah yang paling bernilai dalam kehidupan. Bukan sahaja menjadi teman bermain, malah dengan mereka jualah segala kenangan pahiit manis dikongsi bersama. Namun pasti ada yang berasa kesunyiaan jika salah seorang tinggaal berjauhan dari rumah. Begitulah gambaran yang boleh dilihat menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok yang tular baru-baru ini.

Dah 3 bulan tak dapat jumpa adik-beradik…sebabkan PKPB, baru boleh balik ke rumah
Ayu Razak merakamkan moment tatkala kepulangan anak lelakinya yang lengkap dengan pakaian putih dan berserban. Menurut wanita berkenaan, kanak-kanak tersebut sudah hampir tiga bulan tidak berjumpa dengan adik-beradiknya. Namun, dia telah berpeluang untuk pulang ke rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Selain ketibaannya disambut meriah, mereka juga saling berdakapan melepaskan rindu yang terbuku.

@ayurazak2

Bila mna si abg dh 3 bln x jmpa adik2..rindu x trkata..pkpb diberi plepsan cuti balk kg..

♬ bunyi asal – Ayu_Razak – Ayu_Razak

Indahnya pertemuan ni…bukan setakat adik-beradik, mak ayah pun rindu pada anak yang belajar di tahfiz
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan sebaak apabila melihat detik pertemuan enam beradik tersebut. Selain itu, mereka juga berkongsi pengalaman anak masing-masing yang sudah lama tidak dapat balik ke rumah kerana belajar di perantauan. Secara keseluruhan, video tular berkenaan telah meraih lebih 70 ribu jumlah tontonan setakat ini.