[VIDE0] Doa yang diajar oleh Rasulullah ﷺ untuk terselamat daripada KEJaaHaTAN dan F1TNAH DAJJaaL

Di akhir zaman nanti, akan muncul Dajjal. Dia seorang manusia yang diberikan kepadanya kebolehan luar biasa untuk menguji keimanan manusia.

Ia merupakan f1tnah kepada manusia yang hidup ketika itu.

Apakah tanda Dajjaal ini kepada orang yang beriman?

Huzaifah bin Usaid ra meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

وإنَّ الدَّجَّالَ مَمْسُوحُ العَيْنِ… مَكْتُوبٌ بيْنَ عَيْنَيْهِ كافِرٌ، يَقْرَؤُهُ كُلُّ مُؤْمِنٍ، كاتِبٍ وغَيْرِ كاتِبٍ.

“Dajjal itu matanya terhapus (seolah-olah tidak bermata), tertulis di antara kedua matanya KAF1R. Perkataan ini boleh dibaca oleh setiap MU’MIN (orang yang beriman), sama ada yang boleh menulis ataupun tidak”. [Shahih Muslim]

Dalam hadis Anas disebutkan: يَقْرَؤُهُ كُلُّ مُسْلِمٍ

“Semua MUSLIM (orang yang Islam) boleh membacanya”. [Shahih Muslim]

Salah satu cara menyelamatkan diri daripada Dajjaal adalah berlindung diri kepada Allah dengan doa yang diajar Rasulullah ﷺ. Doa ini hendaklah dibaca semasa semasa duduk untuk tahiyyat akhir dan selepas membaca tahiyyat akhir, sebelum memberi salam.

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azaab nerakaa Jahaannam, daripada f1tnah kehidupan dan setelah mat1 serta daripada kejahaatan f1tnah al-masih al-Dajjaal. ” [Shahih Muslim]

Semoga Allah menetapkan keimanan dan keIslaman kita supaya kita dapat membaca perkataan tersebut jika Dajjaal muncul.

Semoga Allah selamatkan kita semua daripada f1tnah Dajjaal.

Abdul Basit Abdul Rahman
#ARAR, 2019.

link sumber; Abdul Basit Abdul Rahman

Sila t0nt0n v1deo di bawah untuk membantu kita menghafal doa ini dengan betul…

sumber video; zamir aizat