Ulaar Tedung Memasuki Baju Budak Lelaki 8 Tahun Selama Hampir 30 Minit

Sebut saja ular, mesti ramai antara kita yang panik dan takut apabila terserempak atau terjumpa dengan ular tanpa mengira ianya berbahaya, berbisa ataupun jenis ular yang tidak berbahaya kepada manusia.

Apatah lagi jika disebut ular tedung yang rata-rata spesisnya jenis berbisa dan boleh membahayakan kita.

Tular baru-baru ini di Pontian, Johor mengenai seorang budak lelaki umur 8 tahun dengan sekor ular tedung. Budak lelaki tersebut mengalami detik paling mencemaskan apabila seekor ular tedung telah memasuki baju yang dipakainya dan berada dalam keadaan mencemaskan itu selama hampir setengah jam.

Ketika kejadian, budak lelaki itu sedang berbaring di ruang pantri dalam rumah pada jam lebih kurang pukul 12.35 tengah hari sebelum bajunya dimasuki oleh seekor ular tedung.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.35 tengah hari.

Sebuah jentera bersama tiga anggota diketuai Ketua Operasi, Mohd Noor Parmon, dikejarkan ke lokasi kejadian di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi.

Anak ular tedung hitam

Aalbila sampai di rumah mangsa, pasukan mendapati memang benar ada seekor anak ular tedung hitam sepanjang 0.5 meter berada dalam baju budak 8 tahun itu.

Menurut laporan Kosmo!, Anggota bomba bertindak menggunting baju kanak-kanak terbabit sebelum menangkap reptilia itu menggunakan penjerut.

Budak lelaki itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala ular tedung tersebut dilepaskan di tempat yang jauh dasri perumahan manusia.