Ulaar Sawaa Batik Seberat 100kg Ditemui Menyoorok Dalam Tayar Lori Terpakai Di Kelantan

Kehadiran seekor ular sawa batik sepanjang 4.5 meter dan berat kira-kira 100kg dikhuatiri mengaancam penduduk berhampiran di sebuah Chalet di Kampung Raja Dagang di negeri Kelantan.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Tok Bali, Ibrahim Mohd Rohni, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 pagi memaklumkan kehadiran ular sawa dalam tayar lori terpakai di kawasan tapak pembinaan sebuah chalet di Kampung Raja Dagang.

Ular sawa itu mula-mula ditemui oleh kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan di sekitar kawasan tersebut.

Sebanyak 8 orang anggota Pasukan Bomba Dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi dan menemui ular sawa batik itu yang bersembunyi di sebuah tayar lori terpakai.

“Sebaik sampai di lokasi kejaadian, kita dapati terdapat seekor ular sawa sepanjang 4.5 meter dan berat lebih kurang 100 kg yang berada di dalam tayar lori buuruk.”

Kehadiran ular sawa itu dikhuatiri akan mengancam dan mengganggu ketenteraman penduduk dan pekerja di tempat tersebut.

Walaubagaimanapun, pasukan Bomba Dan Penyelamat kemudiannya berjaya menangkap ular sawa batik tersebut dalam masa lebih kurang 20 minit.

Menurut Tuan Ibrahim Mohd Rohni , ular sawa berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Kredit: JPBM Negeri Kelantan