Ulaar Anakonda Besar Melintas Jalan Punca Trafik Yang Sibuuk Terpaksa Dihentikan Serta Merta

Bukan sesuatu yang baru apabila melihat haiwan melintas jalan, malah di negara kita sahaja pun sudah banyak kali kita dengar cerita haiwan melintas jalan contohnya seperti lembu, baabi, harimau, anjiing dan lain-lain lagi.Ular Anakonda Besar Melintas Jalan Punca Trafik Yang Sibuk Terpaksa Dihentikan Serta Merta

Seperti yang ramai sedia maklum, ular ananconda merupakan ular terbesar di dunia dan biasanya ditemui di kawasan tropika Amerika Selatan.

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan satu video yang menunjukkan seekor ular anaconda yang sangat besar sedang melintas sebuah jalan raya yang sibuk di negara Brazil.

Ular anakonda itu sangat besar hingga menyebabkan trafik di jalan tersebut terpaksa diberhentikan bagi memberikan ruang kepada ular tersebut melintas jalan.

Beberapa pengguna jalan raya dan orang ramai dilihat keluar dari kereta mereka dan ada yang menjaga trafik bagi menghentikan kenderaan-kenderaan bagi memastikan ular tersebut melintas jalan itu dengan selamat dan tidak menyebabkan kemaalangan berlaku.

Ular tersebut menyusur dengan perlahan-lahan melintas jalan sebelum ianya hilang di dalam rumput semak samun di seberang jalan.

VIDEO:

https://nangtime.com/wp-content/uploads/2021/08/ananangtime.mp4?_=1

Rata-rata netizen yang menonton berasa gerun dan taakut melihat ular besar berkenaan. Namun pada masa yang sama, mereka juga memuji orang ramai di jalan raya tersebut yang bekerjasama dan tidak melakukan apa-apa yang tidak diingini terhadap ular tersebut.