Tunggu isteri selesai temu duga, lelaki meniinggal dunia dalam kereta

Seorang isteri dikejuutkan dengan berita duuka apabila panggilan telefon disambut anak sulungnya yang sedang menangiis memaklumkan suaminya tidak sedarkan diri dalam satu kejadiaan semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Mohd Ashraf Rosli meniinggal dunia di dalam kereta ketika sedang menunggu Nurul Ain Mohd Razip yang menghadiri temu duga sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Bangsar.

Posting yang tular di Facebook

Wanita berusia 31 tahun itu berkata, suaminya ada memaklumkan mengalami sakiit di dada ketika menghantarnya bagi menghadiri temu duga tersebut.

“Ketika sedang menunggu giliran, saya berbalas Whatsapp dengan suami kerana bimbangkan keadaanya.

“Kira-kira 3.45 petang, saya menghubungi telefon bimbit suami kerana kiriman Whataspp tidak berjawab,” katanya.

Terkejuut dengan khabar yang disampaikan oleh anaknya, dia bersyukur kerana ada orang awam yang melihat salah seorang daripada tiga anaknya yang menangiis di dalam kereta sebelum meminta bantuan kecemasan.

Selepas itu, mangsaa yang berusia 35 tahun dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meniinggal dunia. Jenaazah akan dikebumikan di Bercham, Ipoh selepas selesai bedah siasat hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Annuar Omar mengesahkan kejadian terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai maati mengeejut (SDR).

Salam takziah

Adik saya telah kembali kepada penciptaNya

Sumber: Harian Metro (Ekhwan Haque Fazlul Haque) , Facebook