Tulisan Al-Fatihah Atas Batu Masih Utuh Selepas 1,312 Tahun!

Sebelum Al-Quran dikumpul dan dijilidkan dalam bentuk yang kita baca sekarang, surah-surah di dalamnya sebelum ini ditulis di atas batu, daun, kulit haiwan dan sebagainya, sebelum akhirnya disusun secara teratur.

Tulisan Al-Fatihah Atas Batu

Namun, seorang netizen telah berkongsikan sebuah video yang dimuat naik di TikTok yang mana seorang lelaki telah menemui surah Al Fatihah yang ditulis di atas batu.

Apa yang menarik, surah ini ditulis 1,312 tahun yang lalu.

Dalam video dibawah, anda boleh tonton sendiri lelaki itu membaca satu persatu ayat yang ditulis di atas batu tersebut dan tulisannya pula masih jelas di baca.

Di bawah surah Al Fatihah ini pula, lelaki tersebut ada membaca dalam bahasa arab nama penulis dan tahun surah ini ditulis.

Dibawah ini adalah terjemahannya:

“Ditulis oleh Yazid Ibn Abdullah pada bulan Rejab 130H. Moga Allah merahmati orang yang membaca surah ini dan menghancurkan orang yang mengubahnya.”

Wallahu a’lam.

sumber: lobakmerah