Tular kanak2 minta hadiah kaki, ibu dedah pernah disaran guguurkan kandungan

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan posting seorang ibu yang dikenali sebagai Azlindahani Othman yang menceritakan impian anak istimewanya.

Walaupun muat naik tersebut dibuat pada 2 September yang lalu, namun perkongsian yang menghibakan itu terus menjadi bualan warganet yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat.

Permintaan hari jadi anak istimewa
Menerusi apa yang dikongsikan Azlindahani, perbualan mereka adalah merujuk kepada impian kanak-kanak tersebut yang ingin mempunyai kaki pada hari lahirnya.

Sediih tak dapat tunaikan impian anak
Hal ini telah mendapat perhatian Harian Metro yang bertindak menghubungi ibu kepada kanak-kanak istimewa tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kejadiaan itu.

Menurut Azlindahani, dia berasa sediih kerana tidak dapat menunaikan impian anaknya yang dikenali sebagai Syahmi mahu mempunyai kaki seperti kanak-kanak normal sedangkan Azlindahani pernah berjanji akan menunaikan segala kemahuan anaknya.

“Saya sediih kerana tidak dapat tunaikan hajatnya itu sedangkan sejak Syahmi lahir saya sudah berjanji untuk beri apa yang dia mahukan.”
“Malah, bukan sekali tetapi berkali-kali Syahmi luahkan keinginan untuk berjalan dan berlari seperti abangnya…” Katanya.

Doktor sudah beritahu ada kecacaatan
Tambah Azlindahani, ketika Syahmi berusia 4 bulan dalam kandungan, doktor pernah menyarankan agar dia mengguguurkan kandungan, namun dia berasa bimbang.

Doktor juga pernah menjangkakan jika bayinya lahir berkemungkinan hanya bertahan hidup selama satu tahun sahaja.

“Ketika hamil doktor ada memberitahu berkenaan kecacaatan dalam kandungan dan meminta saya membuat ujian untuk mengenal pasti sama ada wujud kromoson berbahaaya.”
Sekiranya ada, doktor mengesyorkan kandungan diguguurkan namun saya enggan melakukan ujian kerana bimbang.”

“Saya bimbang dia tidak dapat hidup lama dan meninggalkan saya tetapi saya dapat semula semangat selepas doktor di Institusi Jantung Negara (IJN) memberitahu jantungnya boleh dirawat.”
“Sejak itu, Syahmi tidak pernah jatuh sakit dan jika ada sekalipun dia tidak akan ceritakan kepada saya kerana enggan saya bersediih.” Tambahnya lagi.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam), Azlindahani bt Othman