Tukang Urut Tua Yang Ca cat Penglihatan Baca Al-Quran Sambil Tunggu Pelanggan Sejak 10 Tahun Lepas

Tidak semua manusia bernasib baik diberikan kesihatan dan juga kesempurnaan dalam hidup. Ada yang diuji dengan kekurangan d3ria mata sehingga membataskan penglihatan.

Namun begitu, kekurangan yang dihadapi bukan penghalang untuk beribadat dan juga beramal kepada Allah S.W.T. Hal ini telah dikongsikan oleh seorang ustaz menerusi Instagram miliknya yang memaparkan pakcik tua sedang mengaji menggunakan al-Quran Braille.

Baca al-Quran tunggu pelanggan

Walaupun fizikalnya but4, pakcik tua yang bekerja sebagai tukang urut itu masih cekal membaca al-Quran Braille. Menurut posting tersebut, pakcik tua yang dikenali sebagai Majid akan membuka al-Quran Braille dan membacanya ketika menunggu pelanggan sejak 10 tahun lepas.

Sering kongsi nasihat

Ustaz Nabil Ahmad juga sempat menceritakan serba sedikit mengenai kepakaran Pak Majid yang dapat mengenalpasti tahap kesihatan individu yang diurutnya.

Dia juga tidak lokek berkongsi nasihat serta petua-petua untuk menangani penyakit kepada para pelanggan yang menggunakan khidmat Pak majid.

Sumber : Ustaz Nabil Ahmad via majalah-harian.com