Tokoh Ahli Ilmu Tafsir dan Ahli Buku Dunia, Sheikh Mohamad Ali Al-Sabuni Mniinggaal Dunia pada usia 91 tahun di kediamannya di Yalova, Turki

Dilahirkan pada 1930 di daerah Halab, Syria, Sheikh Mohamad Ali al-Sabuni cukup terkenal dengan ulasannya yang mudah dan ringkas dibaca berkenaan dengan Al-Quran.

Salah satu tafsir al-Sabouni yang paling berpengaruh adalah Tafsir Ayat Al-Ahkam dan juga penerokaan ay4t-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan keputusan dan hukvm.

Sheikh al-Sabouni dibesarkan dalam kal4ngan keluarga terpelajar. Ayahnya, Syaikh Jamil, merupakan salah seorang ulama terulung di Aleppo. Beliau memperoleh pendidikan dasar dan formal mengenai bahasa Arab, ilmu waris, dan ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan langsung daripada ayahnya.

Sejak zaman muda lagi, Pengerusi Majlis Ulama Syria ini telah berjaya menghafal Al-Quran dan sekaligus bekerjasama dengan beberapa ulama Syria yang amat terkenal pada waktu itu.

Pemergian Sheikh Mohamad Ali al-Sabuni juga turut dirasai oleh kebanyakan cendekiawan tersohor termasuklah Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, yang mengucapkan takziah di laman sosial Twitter beliau.

“Semoga Allah mengasihani saudara kita Sheikh Muhammad Ali As Sabouni, ketua persatuan ulama syria dan salah seorang ulama tafsir yang paling terkenal pada zaman kita.

“Saya berdoa agar Allah mengampuni dan mengasihani beliau, dan memberi pahala kepadanya untuk Islam dan bangsanya ; yang terbaik yang memberi penghargaan kepada para pendakwah yang ikhlas dan para sarjana yang bekerja,” katanya.

Turut menangisi pemergian Sheikh As Sabouni ialah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menzahirkan takziah atas pemergian beliau.

“Sejujurnya, saya amat mengakui betapa mendalamnya penguasaan almarhum yang saya anggap setara dengan almarhum Syeikh Mutawwali al-Sya’rawi, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Amin al-Syinqiti dalam bidang tafsir.

“Kepada pencinta almarhum Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni, marilah sama-sama kita mengadakan solat jenaazah ghaiib. Saya berdoa kepada Allah SWT agar almarhuum ditempatkan dalam kalangan para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan soleh. Saya amat sedih dengan pemergian ini,” ujarnya.

Allahy4rham Sheikh Ali al-Sabuni pernah menyebarkan dakwahnya ke Malaysia. Pada usia yang melebihi 90 tahun, semangat dan hikmahnya amat luar biasa.

Beliau juga lantang men3ntang kek3jam kerajaan pimpinan Bashar Al Assad dan menyeru rakyat Malaysia untuk membantu warga Syria dalam apa bentuk bantuan sekalipun.

Sumber: