Tinggalkaan Dunia Kemewahan, Pemuda Resign Kerja Hotel Demi Jaga Ibu Di Kampung

Berbakti kepada ibu bapa merupakan perkara yang sangat dituntut dalam setiap agama. Hal ini kerana, mereka sudah bersusah payah berusaha untuk membesarkan kita sejak kecil lagi. Biasanya apabila sudah di puncak kerjaya masing-masing segelintir anak-anak akan melupakan mak ayah, tapi berbeza pula dengan keputusan yang dilakukan oleh pemuda ini.

Dulu hidup serba mewah.. suka kerja bidang perhotelan tapi nekad resign
Beberapa tahun lepas, Syah Sabri sangat menyukai kerjanya dalam bidang perhotelan. Walaupun telah bekerja di beberapa premis terkemuka di seluruh semenanjung Malaysia, tapi dia telah mengambil keputusan drastik untuk berhentii keerja.

Balik ke Kelantan demi nak jaga mak, risau ulangi kesilapan yang dulu dengan abah
Hal ini kerana, jejaka berkenaan ingin pulang ke kampung halaman di Kelantan untuk menjaga ibunya. Menurut pemuda ini, dia meluahkan rasa risau tidak sempat melakukan sedemikian seperti bersama ayahnya dahulu.

Kerja boleh dicari tapi ibu tiada gantinya… selagi mak ayah ada, berbaktilah pada mereka selagi boleh
Video berdurasi 20 saat berkenaan meraih lebih 42 ribu tontonana setakat ini. Selain mendoakan agar Syah terus dimurahkan rezeki, ramai juga netizen memujinya kerana lebih memilih keluarga berbanding kerjaya mewahnya dan menghargai mak dan ayah.

Sumber: TikTok Syah Sabri