“Tidur awal2, esok adik datang kejut” – Ziarah kubuur ayah, pesanan anak bikin sebaak

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, ziarah kubuur adalah antara aktiviti yang tidak dibenarkan ketika sambutan Aidilfitri.

Bagi seorang kanak-kanak perempuan ini, dia sempat meluangkan masa bagi menziarahi kubuur arwaah bapa dan neneknya bagi melepaskan rindu yang terpendam.

Momen kanak-kanak itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun TikTok @idazaini._ sehingga tular dalam platform berkenaan yang menyentuh sanubari orang ramai.

Al-Fatihah ayah!

https://beranibangkit.com/wp-content/uploads/2021/05/al-fatihah-ayah.mp4?_=1

Rakaman berdurasi 29 saat itu memaparkan kanak-kanak tersebut yang sopan bertudung menitipkan ‘pesanan’ buat kedua-dua Allahyaarhaam dan mencium batu nisan sebelum menaburkan bunga di atas pusara berkenaan.

“Tidur awal2 tau. Nanti adik bangun, adik pergi kubuur ayah. Adik sayang nenek. Tidur awal2 yer, esok adik datang kejut nenek,” katanya.

Posting video tersebut meraih 244,000 tontonan dan hampir 700 komen warganet yang memberikan pelbagai reaksi dimana rata-rata turut sebak melihat ketabahan seorang anak kecil yang telah kehilangan dua insan tersayang.

Sedihnya! Tersentuh hati tengok…

Al-Fatihah! Kuat ya dik

Kesian dia, tabahnya…

Sebak sungguh aku!

Rindu abah, tapi kuubur dah kena kunci…

Tidak dinafikan, ketika ini macam-macam emosi yang dihadapi oleh segelintir individu. Apatah lagi selepas tengok video macam ni, mudah terasa sebak! Moga kita kekal positif, semua yang berlaku ada hikmahnya.

Sumber: TikTok @idazaini._