Tiada pelajar mahu sertai kelas online, anak ‘daftar masuk’ gembirakan hati bapa

Pembelajaran secara atas talian ketika ini sememangnya sangat penting memandangkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penutupan sekolah disebabkan masalah pandemiik Coviid-19.

Justeru itu, para guru dan juga pelajar diminta untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara online di rumah.

Pelajar abaikan kelas online
Namun, kegigihan guru-guru sering kali diperkecilkan oleh sesetengah pelajar apabila sekadar sambil lewa sahaja berkaitan pembelajaran atas talian jika guru membuat kelas online.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Nuha, dia telah menceritakan pengalaman bapanya yang hanya mengadap laptop tanpa ada seorang pun pelajarnya memasuki kelas tersebut.

Cikgu sorang2 di kelas online
Selepas menanti hampir setengah jam, bapa Nuha yang juga seorang guru bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menelefon anak-anak muridnya satu persatu.

Namun, apa yang menyediihkan apabila ada diantara mereka memberi alasan sedang bekerja dan ada juga langsung tidak mengangkat panggilan telefon tersebut.

Cuba gembirakan hati bapa
Bagi menghiburkan sedikit hati bapanya yang sudah tentu sediih dengan keadaan tersebut, Nuha telah mendaftar masuk kelas online bapanya sendiri.

Dari situ, gadis terbabit dapat melihat reaksi bapanya yang sedikit tergelak di hadapan laptop apabila melihat anaknya sendiri yang menyertai kelasnya.

Ada yang sama2 masuk google meet
Selepas tweet yang dibuat gadis itu tular di Twitter, ramai yang masuk ke google meet kelas bapanya. Nuha berterima kasih kerana menggembirakan hati bapanya walaupun dia sedang keceewa tiada pelajarnya ingin mengikuti kelas yang dibuat.

Menurut Nuha lagi, bapanya begitu teruja pada awalnya apabila meminta bantuan untuk menggunakan google meet. Namun, jadi sebak bila tiada pelajar yang berminat.

Biadaap student sekarang ni
Sehubungan dengan perkongsian pengguna Twitter tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkaan komen dengan pelbagai reaksi.

Kebanyakkan daripada mereka berasa kesal dengan sikap sesetengah pelajar sekolah yang sengaja mengabaikan tanggungjawab belajar sedangkan mereka bakal menduduki peperiksaan besar tidak lama lagi.

Kalau malaas pun, masuk lah kelas

Cikgu veteran cool lagi, cuba cikgu muda…

Sumber: Nuha