Terrharu, Suami Lummpuh Isteri Jual Cendawan Sara 3 Anak Dan Suami

Kuala Lumpur: Besar tanggungjawab digalas ibu tiga anak, Zuraidah Jasman yang menjadi ketua keluarga sejak suaminya, Muhammad Haiqal Abdullah, 31, terlantar kerana lum puh aki bat kema langan jalan raya pada Ogos tahun lalu.

Demi menyara keluarga terutama tiga anak berumur 10, 9 dan 7 tahun, Zuraidah ,38 mencari rezeki menjual cendawan pada harga RM5 sepaket.

Wang hasil jualan itu digunakan membeli barangan keperluan namun sudah dua bulan tidak ke kebun memetik cendawan kerana motosikalnya r0sak dan belum dibaik pulih.

Bercerita lanjut ,Zuraidah, 38, berkata, suaminya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota polis peronda di bahu jalan Lebuhraya Besraya,

Kuala Lumpur selepas terbabit kema langan ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Flat D’Pinggiran Kota, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Katanya, insi den berlaku kira-kira jam 1 pagi dan menyebabkan adanya da rah beku di kepala selain kece deraan tulang tengkuk, tulang belakang serta urat tunjang.

Selain itu, Muhammad Haiqal turut mengalami masa lah hi lang ingatan hingga mengingati punca sebenar kema langan.

” Suami saya k0ma selama 11 hari di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),Kuala Lumpur.

” Selepas sedarkan diri, suami saya dipindahkan ke Hospital Port Dickson ,Negeri Sembilan sebelum dibenarkan pulang pada Oktober lalu.

” Sejak suami pulang ke rumah sehingga kini, saya yang mengurus dan menyediakan segala keperluannya yang lum puh separuh badan iaitu paras pinggang hingga ke bawah. Lagipun ,doktor ada maklumkan saya yang tiada peluang untuknya sembuh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Zuraidah, dia ada menerima tawaran kerja di kilang dobi daripada rakannya.

Namun, Zuraidah tidak dapat menerimanya berikutan keadaan suaminya yang perlu dipantau sepanjang masa.

” Adakalanya, anak sulung ada membantu menguruskan suami tetapi lazimnya saya melakukannya sendiri.

” Jadi su kar untuk menerima tawaran kerja tetap buat masa ini kerana anak masih kecil dan bersekolah.

” Saya cuba memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi belum diluluskan lagi,” katanya.

Biarpun berat , Zuraidah menerima ketentuan hidupnya dengan reda.

” Kadangkala rasa pe nat juga kerana perlu menguruskan suami, anak dan melakukan kerja rumah sendiri.

” Akan tetapi, ini yang dinamakan ujian jadi saya terima saja dan menganggapnya sebagai tanggungjawab.

” Alhamdulillah, jiran ada membantu dan buat masa ini ,saya terpaksa meminta bantuan keluarga mentua di Sarawak serta menggunakan wang sumbangan bagi menjelaskan sewa bulanan rumah berjumlah RM350.

” Baru-baru ini, suami menerima bantuan katil, kerusi roda dan mesin penyedut kahak hasil sumbangan Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyKasihCare Syed Shukri Nizam Jaafar,” katanya

Sumber: Harian Metro