Terputus Saf Atau Tidak Kanak-Kanak Solat Dalam Saf Orang Dewasa

Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Mungkin anda pernah mendengar mengenai saf yang terputus jika di tengahnya ada kanak-kanak yang belum mumayyiz sama ada lelaki mahupun perempuan.

Malah, selalunya apabila pergi ke masjid, kanak-kanak akan diletakkan di saf belakang bukan sahaja untuk mengelakkan daripada terputusnya saf, bahkan untuk mengelakkan gangguan.

Walau bagaimanapun, menurut pendapat beberapa ulama seperti Syeikh Ibn Baz RA dan Syeikh Ibn Uthaymeen RA mengatakan bahawa tidak terdapat mana-mana dalil mengenai perihal ini.

Bahkan, menurut pendapat Imam Al-Mawardi RA menerusi kitabnya, iaitu Al-Hawi Al-Kabir bahawa:

“Dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.”

Jika kanak-kanak datang terlebih dahulu dan mendapatkan saf hadapan, maka saf tersebut adalah berhak ke atasnya dan tidak boleh marah atau menarik mereka kepada saf lain.

Sebaiknya, letakkan mereka di antara golongan dewasa bagi menunjukkan pergerakan solat yang betul kepada mereka sebagai tujuan pembelajaran.

Sebagai kesimpulannya, saf solat golongan dewasa dan kanak-kanak tersebut jika safnya bercampur dan tiada istilah terputusnya saf.

Wallahu a’alam.