Terlibat Dengan Pengebumian Jnzah C0vid Dan Pernah Menggali Kvbur Sehingga 40 Liang Sehari, Seorang Penggali Kvbur Diangkat Sebagai Tokoh Frontliner khas Maal Hijrah

Jasa dan bakti penggali kvbur ketika ini sememangnya sangat besar kerana perlu mengerah kudrat menggali liang lahad setiap hari berikutan k3s kem4tian disebabkan C0vid19 semakin tinggi.

Jadi, seorang penggali kvbur dikenali sebagai Roslee bin Ali telah diangkat sebagai Tokoh Frontliner Khas Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.

Hal tersebut dimaklumkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di laman Facebooknya.

Tambah perkongsian tersebut lagi, Encik Roslee bin Ali merupakan alah seorang Penerima Anugerah Tokoh Frontliner iaitu kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun ini.

Dia merupakan seorang penggali kvbur di Tanah Perkvburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh semenjak tahun 2011 hingga kini.

Beliau terlibat di dalam urusan pengebvmian jenzah C0vid19 semenjak pandemik mula melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari.

Pengumuman Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selain itu, beberapa lagi anugerah telah diberikan kepada mereka yang layak mengikut kemahiran dalam bidang masing-masing.

Kesemua pemenang anugerah akan menerima hadiah wang tunai, sijil dan plak.

Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)