(Terkini) Panglima TNI Sahkan T3nggelamnya Nanggala 402, Kesemua 53 Anak Kapal Selam Meniingg4l Dunia

JAKARTA: Kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 disahkan telah meningg4l dunia.

Perkara itu disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang media hari ini.
Jelasnya, pengumuman itu dibuat selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut.

[TERKINI] Beberapa bahagian kapal selam Nanggala 402 sudah ditemui

“KRI Rigel telah melakukan peny1asatan dengan lebih terperinci di lokasi tersebut menggunakan multibeam sonar dan magnetometer telah menghasilkan visual dalam air yang lebih terperinci.

“MV Ship Rescue juga telah menurunkan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) untuk memperkukuh visual bawah air menggunakan kamera,” katanya dalam sidang media pada Ahad petang.

Antara yang ditemui kemudi kipas belakang kapal selam, sauh, bahagian luar badan kapal selam, alat selaman yang terapung serta beberapa bahagian kapal yang lain.

Jelas Hadi, penemuan s3rpihan itu mengukuhkan lagi n4has yang men1mpa kapal selam itu.

“Berdasarkan bukti-bukti kukuh tersebut, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala-402 telah t3nggelam dan seluruh anak kapalnya telah gu gur,” katanya.

sumber:astro awani