Terbengkaalai Di Padang Pasir Selama Berdekad, Pengunjung Menemui Makhluuk Aneeh Udang Dinosaur Bermata Tiga Di Tasik

Terbengkalai dan terbiar di padang pasir selama berdekad, ratusan telur kepunyaan makhluk aneh telah menetas dan muncul di sekitar tasik Arizona utara selepas kawasan tersebut dilanda hujan lebat.

Beberapa orang pengunjung yang menyedari akan keanehan makhluk tersebut yang lain dari yang lain telah melaporkan mengenai penemuan mereka.

Menurut Lauren Carter iaitu salah seorang renjer di Monumen Nasional Wupatki, mereka pada mulanya menyangkakan makhluk itu adalah katak yang hidup di liang bawah tanah ketika musim kemarau dan muncul semula pada musim hujan untuk bertelur.

Namun, sangkaan mereka meleset kerana makhluk yang seakan berudu itu rupanya adalah Triops yang kelihatan seperti belangkas kecil dengan mempunyai tiga mata.

Lauren juga memberitahu mereka mengetahui akan kewujudan tasik di kawasan padang pasir tersebut, namun tidak menyedari ada makhluk pelik terperam didalamnya.

Menurut laporan Live Science ,telur-telur itu dikatakan terbengkalai dan terperam selama berdekad dan disebabkan hujan lebat yang membentuk tasik sementara sepanjang 32 meter di situ, telur makhluk Triops itu berpeluang menjadi matang dan menetas untuk kelahiran generasi yang seterusnya.

Triops
Menurut Central Michigan University, triops yang bermaksud ‘tiga mata’ dalam bahasa Yunani juga kadang-kadang disebut sebagai ‘udang dinosaur’ disebabkan sejarah evolusi mereka yang panjang.

Difahamkan, ‘nenek moyang’ kepada hidupan itu berkembang pada zaman Devonian iaitu 419 juta hingga 359 juta tahun lalu dan rupa mereka juga telah mengalami perubahan.

Meskipun ada yang menganggapnya sebagai ‘Fosil Hidup’, namun Lauren tidak berapa setuju kerana tidak mahu ianya menyebabkan orang salah faham dengan menyangkakan makhluk tersebut tidak berubah dari dulu hingga sekarang.

Makhluk Triops dapat membesar sehingga 4 sentimeter dengan ‘perisai’ pada kepalanya dan jangka hanyatnya adalah sekitar 90 hari. Triops mempunyai dua mata yang besar dan berbintik hitam dan mata sederhana atau ocellus yang membantunya mengesan cahaya.

Sumber: Siakap Keli, Live Science, Daily Mail