Terbaik, Arnaut Danjuma Tetap Gigih Berpuasa Walaupun Dalam Kelet1han Perlaw4nan Dan Latihan Akui Pengurus Pasukanya

London: Pengurus Bournemouth, Jonathan Woodgate menjelaskan bagaimana anak buahnya, Arnaut Danjuma mengimbangi antara tugas sebagai pemain bola sepak profesional dan sambutan bulan Ramadan.

Menurut Woodgate, Danjuma melakukan segala-galanya mengikut apa yang diperlukan.

Nutrisi adalah komponen utama buat pemain bola sepak terutama ketika sebelum dan selepas perlaw4nan.

“Kosongkan perut, untuk mengisi amalan,” kata Danjuma dalam akaun media sosial, Instagram minggu lalu.

Sejak bermulanya Ramadan tahun ini, pemain Belanda itu dilihat ber4ksi dengan baik bersama Cherries, ber4ksi dalam empat kesebelasan utama dan menjaringkan dua gol.

“Itu yang membuatkan bola sepak kelihatan sangat menarik. Saya sudah beberapa kali berbincang dengan Arnie dan dia berada pada tahap terbaik.

“Dia sedang melalui bulan Ramadan dan itulah kepercayaannya. Kami mengikuti apa yang dia percayai dan ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

“Apa yang dia lakukan pada saat ini, dia juga menyiapkan dengan sangat baik untuknya. Dia mempunyai seorang tukang masak di rumahnya ketika dia dapat makan dan ketika dia bangun sahur semua sudah tersedia,” kata Woodgate.

sumber:hmetro.com.my