INILAH TANDA TANDA ISTERI MULA CURANG DENGAN ANDA

INILAH TANDA TANDA ISTERI MULA CURANG DENGAN ANDA (PARA SUAMI HARUS AMBIL TAHU) | 1, Isteri tidak lagi memerlukan anda. Jika dulu dia tidak suka pergi shopping, tengok wayang atau menyeberang jalan sendirian, kini tiba-tiba dia tidak perlukan kehadiran anda. Ini mungkin ada orang lain yang mengisi tempat anda. Ada kemungkinan juga isteri anda hanya memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Tetapi, jika dulu dia amat memerlukan anda dan sekarang tiba-tiba pulak menjadi “independent”, itu mungkin tandanya dia tidak lagi memerlukan anda di sisinya.

2, Isteri tidak lagi marah. Kalau dulu isteri anda naik angin jika anda tidak mahu makan tengahari bersama atau keluar dengan dia dan kawan-kawannya. Tetapi sekarang semua yang anda buat, dia tidak akan bising. Kalau dahulu setiap langkah anda harus terancang, tetapi sekarang semua kesilapan kecil yang anda buat tidak lagi membuatnya marah.

3, Dia mula berahsia. Dia tidak lagi kongsikan kepada anda apa yang dia buat seharian. Kalau dulu, sesiapa yang membuat panggilan padanya anda tidak perlu bertanya siapa yang telefon, sebab dia akan beritahu anda. Sekarang, anda pula yang perlu bertanya kepadanya siapa yang telefon. Sebab, dia tidak akan beritahu.

4, Sekarang anda pula yang menjadi tumpuan. Apabila anda bertanya tentang sesuatu, dia akan menjawab soalan dengan soalan. Apabila anda tanya bagaimana makan tengahari atau makan malam dengan kawan-kawannya, dia akan diam sahaja. Atau dia akan beri jawapan yang tidak tepat.

5, Dia menyirami anda dengan kasih sayang secara tiba-tiba. Isteri anda selalu memuji anda, menyuruh atau menggalak anda pergi keluar dengan kawan-kawan, memberikan anDa kad ‘I Love You” secara tiba-tiba, atau lain-lain perkara yang anda tidak sangka dia akan berbuat begitu.

Sumber Asal

Baca lagi artikel manfaat dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi