Tak sampai 24 jam viral, lima sekeluarga kini miliki ‘istana’ untuk berteduh

Semalam, tular berita mengenai sebuah keluarga yang tinggal di dalam kereta selama lapan bulan selepas rumah mereka hangus dijilat api sehingga mengundang simpati orang ramai.

Sehubungan dengan itu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew hari ini berkesempatan menziarahi keluarga Ganesh yang berada di Pulau Pinang.

8 bulan tinggal dalam kereta

Menerusi perkongsian Ebit, beliau menyatakan perasaan sebaak dan sediih kerana membaca kisah keluarga yang harus makan dan tidur di dalam kereta sepanjang tempoh tersebut.

Lebih menyediihkan apabila isteri kepada Ganesh yang bernama Parameswari terpaksa berpantang di dalam kereta dan mandi di tandas awam.

“Mandi di tandas awam. Malam kerja guard bawa keluarga tidur dalam kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta sahaja,” ujarnya.

Selain itu, EBit juga mengatakan wajah gembira tiga orang anak kecil itu dapat dilihat sejurus beliau membeli kek buat mereka untuk dimakan bersama.

Sewakan rumah
Bukan itu sahaja, malah beliau berbesar hati untuk menyewakan rumah yang selasa dan dilengkapi dengan keperluan lengkap seperti peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk nasi dan sebagainya.

“Saya sewakan rumah cantik selesa ada tiga bilik dan hadiahkan duit belanja dan barang keperluan dapur,” coretnya.

Pendakwah berusia 36 tahun itu sempat memuji sikap pasangan suami isteri ini yang tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kerana terharu dan gembira akan sikap beliau yang suka membantu orang.

Melihat keadaan keluarga ini, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umatnya.

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew