Syaahidnya Pengantin SAAD AS-SULAMI, Bergegar Arasy, Menangiis Para Malaikat, Lintang Pukang Para Bidadari…

Amat sukar nak cari orang seperti Saad as-Sulami, tambah lagi pada zaman sekarang pencarian ini adalah hampir mustahil! Sapa sanggup tinggalkan isteri persis bidadari untuk pergi medan tempor yang langsung tak ada jaminan untuk pulang?

Ada lagi ka kaum Adam zaman sekarang yang lebih pentingkan syiar Islam melebihi keinginan dan napsu serakah diri sendiri? Jikalau ada ALHAMDULILLAH semoga Allah kurnia ganjaran besar buat kalian…

Saad as-Sulami memiliki kulit yang tersangat hiitam, lebih hiitam dari Bilal ibn Rabah. Mengenali Islam ketika berusia 31 tahun. Saad as-Sulami ingin berkahwin, namun selalu ditolak pinangannya kerana kekurangan dari segi fizikal yang hitam.

Rasulullah SAW menyuruh Saad as-Sulami meminang seorang perempuan yang merupakan perempuan paling cantik, Atikah binti Amr, namun Saad enggan kerana rasa kecewa dengan penolakan pinangan sebelum ini.

Hanya setelah Rasulullah memberi jaminan, barulah Saad berani pergi meminang. Sampai di rumah perempuan itu, selepas berbual, Saad menyatakan hasratnya menyebabkan bapa perempuan itu terdiam seketika.

Disebabkan terkejut, bapa perempuan itu telah menghalau Saad dari rumahnya. Saad mengadap kembali Rasulullah dengan sedih. Perempuan yang dipinang itu keluar dan bertanya kenapa ayahnya menolak pinangan tersebut, kerana lelaki itu adalah pilihan Rasulullah.

Maka, segera si bapa berlari berjumpa Rasulullah bagi mengelakkan Saad sempat berjumpa Baginda. Kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan Saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Ditanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau mempunyai duit untuk berkahwin? Maka jawab Saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan Saidina Ali berjumlah 10 dinar.

Maka, apabila Saad berjumpa dengan sahabat Rasulullah yang tersebut dan mengetahui perintah tersebut, Abdul Rahman b. Auf telah memberikan 40 dinar, manakala Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali memberikan 20 dinar setiap seorang.

Saad telah mempunyai 80 dinar untuk perkahwinannya. Rasulullah menyuruh Saad menggunakan 40 dinar untuk perkahwinannya dan 40 dinar lagi untuk persiapan selepas perkahwinan iatu peralatan memasak dan sebagainya, Saad as-Sulami pergi ke pasar bagi tujuan membeli peralatan-peralatan tersebut.

Sedang beliau memilih dan membelek barang-barang, terdengar seruan untuk berjiihad ke medan peperaangan. Maka secara tiba-tiba, terlupalah Saad akan tujuannya yang asal, terlupakan perempuan cantik itu dan perkahwinannya dan beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kuda, peedang dan baju perisai bagi menyahut seruan jiihad itu.

Ketika sampai di tempat berkumpulnya mereka yang bersedia untuk berjiihad, Saad pergi ke depan sekali dan tidak dikenali kerana menutup seluruh muka dan tubuhnya.

Para sahabat berbisik-bisik kagum dengan kegagahan beliau dan menganggap mungkin orang Yaman yang turut serta berjuang bersama-sama mereka.

Dalam pepeerangan itu, kuda yang dinaiki Saad telah dipaanah hingga jatuh dan Saad serta-merta bangun dan menyinsing lengannya. Ketika inilah sahabat mengecamnya dari warna kulit beliau itu. Beliau akhirnya telah syaahid tanpa sempat menyeentuh isterinya.

Berita syaahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “di saat kemaatian Saad, bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”.

Saad as-Sulami dimuliakan oleh Allah di saat kemaatiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kemaatian kita?

Berbahagialah kamu wahai Saad, jenaszahmu menjadi rebutan Bidadari Syurga.

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan maati dan kiaamat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat