“Surau Dipercayai Kena Khiaanat. Al-Quran Dibuaang Keluar, Ada Naj!s Kat Tempat Imam.. Kes Masih Disiasat…

Sediih dan keceewa itulah perasaan yang boleh digambarkan dengan berita ini yang turut dikongsikan melalui saluran TV Al Hijrah Via Youtube.

Surau adalah tempat ibadah khusus umat Islam yang perlu dipulihara. Walaupun tak sebesar masjid yang lebih banyak kunjungannya, kebersihan surau juga perlu dititikberatkan.

Melalui laman Facebook Surau Taman Setia Bakti juga, admin akaun tersebut memuatnaik beberapa gambar menunjukkan Al-Quran dari surau tersebut yang dik0yak dan dibuaang keluar dipercayai atas perbuatan khiaanat

Dapat dilihat sejumlah Al-Quran yang sudah terlerai dari lembarannya dan dibiar berserakan hingga ke celah-celah pohon. Tidak hanya kitab suci itu yang dibuang, beberapa sejadah turut dilihat berselerak di atas tanah.

Lebih paarah lagi, pihak tak bertanggungjawab ini turut membuang naj!s di tempat imam surau tersebut. Menurut hantaran terbaru Surau Taman Setia Bakti, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan terhadap perkara ini.

Setakat ini, masih tiada sebarang maklumat lanjut berkait individu yang melakukan perbuatan khiaanat ini. Namun pihak pengurusan Surau Taman Setia Bakti berharap isu ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Sumber: Surau Taman Setia Bakti via siakapkeli Kalam Indah

Sumber Video : Tv Al Hijrah Via Youtube.