SUBHANALLAH Perhatikan Ini Bukti Kebesaran Allah

SUBHANALLAH Ini bukti kebesaran Allah…cuba zoom 5X dan perhatikan betul 2 foto ini, jelas di atas awan itu tertulis Kalimah Allah dan Muhammad | Jika anda melihat dengan teliti gambar tersebut (di atas) dan zoon pada bahagian matahari, kelihatan di awan kalimah Allah (ﺍﻟﻠَّﻪَ) dan Muhammad (محمد) serta beberapa tulisan jawi yang lain.

Difahamkan kejadian ini berlaku pada waktu pagi di mana saat matahari terbit. Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di dalam kenderaannya ketika hendak ke tempat kerja.

Akibat terpegun dengan dengan situasi itu ramai pengguna jalan raya yang lain turut berhenti untuk melihat fenomena itu. Gambar in terus tersebar secara meluas pada hari ini di media sosial.

Fenomena itu berakhir 30 minit selepas itu apabila matahari mula panas dan embun makin hilang maka ramai orang yang melihat pun beredar secara beransur-ansur

Walaubagaiman pun, penulis sendiri tidak dapat memastikan akan kebenaran perkara ini. Ini kerana, pada hari ini sudah banyak perisian untuk menyunting gambar seperti Photoshop dan sebagainya. Sehinggakan agak sukar untuk membeza foto yang sebenar dan foto yang telah disunting.

Dalam nada yang lain, jika benar-benarlah kejadian ini berlaku, penulis hanya mampu lafazkan ‘Subhanallah’. Mungkin ini merupakan salah satu bukti tentang kebesaran Allah SWT.

Sumber: mediapanaz

Baca lagi artikel Manfaat/menarik dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat