Siti Sarah Raisuddin Telah Peergi Buat Selamaanya, Takziah Shuib

Allahuakbar…. Berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia pagi ini. Siti Sarah Raisuddin telah menghembuuskan nafasnya yang terakhir.

Berita menyediihkan ini dimuat naik oleh suaminya Shuib Sepahtu di Instagram milik beliau sebentar tadi.

“5.13 minit pagi 9 ogos 2021 Bidadari Syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al Fatihah. SITI SARAH BINTI RAISUDDIN”

Siti Sarah yang merupakan seorang penyanyi terkenal tanah air, sebelum ini dilaporkan telah dijangkiiti viirus Coviid-19 setelah melakukan swab test apabila pembantu rumah beliau disahkan positif.

Beliau yang juga sedang sarat mengandung mengadu tidak sihat dan sukar bernafas. Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital HUKM untuk menerima rawatan akibat paras oksigen yang rendah.

Walaubagaimanapun semasa mendapatkan rawatan pihak Hospital telah melakukan pembedahan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan Siti Sarah.

Menurut Shuib, pada mulanya Doktor memaklumkan keadaan Siti Sara yang semakin stabil apabila paras oksigen kembali meningkat. Namun semalam, akibat ada pendarahan Siti Sarah terpaksa diterbalikkan dan paras oksigen mula menurun.

Namun Tuhan lebih menyayangi Siti Sarah Raisuddin, apabila beliau akhirnya disahkan meniinggal dunia pada pagi tadi tepat jam 5.13 pagi, 9 Ogos 2021.

Salam Takziah kepada Shuib dan Keluarga, AL Fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Instagram Shuib Sepahtu