Siap Car Booth, Lelaki Kreatif Dipuji Kongsi Rezeki Dengan ‘Si Bulus’ Jalanaan

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk memperolehi pahala dan kebaikan. Malahan kita semua dianjurkan supaya sering berkongsi rezeki, tidak kiralah kepada sesama manusia mahupun haiwaan. Selain ganjaran pahala, tanpa disedari ia juga boleh menjadi asbab rezeki akan melimpah-ruah.

Kongsi rezeki dengan kucing jalanan…bisnes car booth ‘laris’ banyak pelanggan datang
Baru-baru ini pemuda dikenali sebagai Kamarul Arifin Ahmad yang telah menjadi perhatian di Facebook apabila berkongsi gambar-gambar sedang mengedar makanan kepada kucing-kucing jalanan. Apa yang lebih menarik perhatian lagi, dia menjalankan kerja amal tersebut cuma di bahagian bonet keretanya.

Selamatkan ‘si bulus’ yang terbiar tidak terurus…tidak kisah walaupun tak perolehi keuntungan
Selain mempunyai kucing peliharaan sendiri, pemuda dari Melaka ini nyata merupakan pencinta haiwaan. Hal ini kerana Kamarul gemar menyelamatkan ‘si bulus’ jalanan atau yang terbiar menerusi beberapa perkongsian sebelum ini. Meskipun aktiviti tersebut tak memberi apa-apa keuntungan kepadanya, tetapi Kamarul yakin suatu hari nanti kebaikannya pasti akan dibalas berlipat kali ganda.

Semoga dimurahkan rezeki…seronok tengok ‘si bulus’ bahagia dapat makanan
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen telah menitipkan doa buat agar kehidupannya sentiasa diberkati. Tak cukup dengan itu, ada juga pihak yang ingin memberi sumbangan kepadanya supaya sumber makanan buat kucing jalanan tidak terputus selepas melihat posting menyentuh hati berkenaan.

Sumber: Facebook Kamarul Arifin Bin Ahmad