Siap Bubuh Bedak Sebelum Pakai Pampers, Oyen Lumpuuh Dijaga Macam Anak Sendiri

Sikap bantu-membantu dan saling menyayangi bukan sahaja terhad sesama manusia, malah harus diterapkan juga kepada haiwaan. Demikianlah sikap ditonjolkan seorang wanita yang menyelamatkan kucing tak bermaya di tapak gerainya.

Jumpa dia tak dapat bergeraak atau mengeesot…rupanya saraf dari paras pinggang ke bawah dah tak berfungsi
Menurut Puan Siti Nur Hidayah, ‘si Oyen’ tersebut ditemukan dalam keadaan lemaah dan kotoor sekitar awal tahun ini. Doktor malah memberinya pilihan supaya ‘dimatiikan’ selepas saraf daripada paras pinggang didapati tak berfungsi hingga menyebabkannya luumpuh kekaal.

Macam nilah cara pakaikan Oyen pampers, siap bubuh bedak…Alhamdulillah sihat sekarang
Namun begitu, wanita yang berhati mulia tersebut sudi menjaga kucing istimewa tersebut sehingga kini. Berbeza dengan ‘si bulus’ lain, Nur Hidayah menjaganya dengan sangat rapi termasuklah perlu dipakaikan lampin pakai buang seperti dalam video yang dikongsi olehnya baru-baru ini.

Bertuah Oyen comelnya bila pakai pampers…terima kasih sudi jadi tuan yang baik hati & prihatin
Gelagat comel kucing dipakaikan lampin dalam paparan tersebut nyata mendapat banyak reaksi dalam kalangan netizen. Selain itu, mereka turut memuji sikap pemiliknya yang sangat penyayang dan prihatin terhadap nasib haiwaan malang seperti ini.