Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Erra Fazira Luah Rasa Syukur Hajat Tercapai

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran hari ini bersama rakan-rakannya.

“Alhamdulillah. Happy moment! Setelah bertahun akhirnya. Kali ni mencabar nak selesaikan sebab cuti lebih banyak.

Terima kasih ustaz @8ilal5ujak di atas segala ilmu dan kesabaran mengajar kami.”

Menurut Erra, dia bersyukur kerana berjaya khatam Al-Quran selepas sekian lama menyimpan hasrat tersebut.

https://www.instagram.com/p/CUoSacABFWY/?utm_source=ig_embed&ig_rid=7c02af84-4740-4e3b-91f7-7ca1ce42941c

Ujar Erra, dia berdepan pelbagai cabaran sebelum ini namun, gembira kerana mempunyai rakan-rakan dan ustaz yang sentiasa memberi sokongan buat dirinya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira selepas membaca dan melihat posting Erra.

Mereka turut mendoakan agar Erra dan rakan-rakan sentiasa istiqomah mendampingi Al-Quran selepas ini

Sumber: Erra Fazira